Macam-macam kes seludup sekarang ni. selalu dengar yang jadi mangsanya adalah wanita warga tempatan kita, mereka ni tak tahu ke bahayanya seludup dadah ni.hmm mungkin terpedaya dengan wang ringgit agaknya..
SEPANG: Seorang wanita warga tempatan dan kekasihnya seorang lelaki Nigeria ditahan di ibu negara pada 14 Februari lalu kerana dipercayai terbabit dalam kegiatan menyeludup dadah yang dianggarkan seberat 75 kilogram dan bernilai RM18.7 juta ke dalam negara.
Mereka adalah dalang kepada sindiket pengeludupan dan pengedaran dadah yang kegiatan mereka berjaya dipatahkan oleh Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Polis Diraja Malaysia Bukit Aman.
Dua keldai dadah iaitu lelaki tempatan turut ditahan.
Timbalan Pengarah JKDM Lapangan Terbang Antarabangsa KL, Siti Baya Berahan berkata, wanita berumur 43 tahun sementara warga Nigeria berkenaan berumur 28 tahun, manakala kedua-dua keldai dadah terbabit berusia 25 dan 27 tahun.
Beliau juga berkata, wanita tempatan itu dipercayai pemilik sebuah agensi perjalanan di ibu negara sementara kekasihnya itu sedang mengikuti pengajian dalam bidang komputer di sebuah kolej swasta sejak dua tahun lalu. - BERNAMA
Harap Wanita dan gadis- gadis diluar sana janganla terpedaya dengan wang ringgit tu, kalau kantoi tertangkap susah nanti.
Saturday, February 18, 2012
Wednesday, September 7, 2011
Friday, June 10, 2011
Gunting Rambut Serendah Rm 3
Seorang tukang gunting rambut berusia 50-an berbangsa Cina yang lebih dikenali dengan panggilan 'Hani' sedang memotong rambut pelanggannya berhampiran jeti Sungai Bintangor di Pekan Bintangor di Sarawak. Bagi dirinya, dengan upah serendah RM2 bagi kanak-kanak dan RM3 bagi dewasa itu amat memadai sebagai sumber pendapatan seharian untuk meneruskan hidup daripada mengharap belas kasihan orang. - Foto BERNAMA
Kredit berita Harian
Subscribe to:
Posts (Atom)